Peniaga Air Balang Tak Menyesal Bida Tapak Bazar Ramadan RM23,000

Tak semua berani ‘lawan harga’ sampai puluhan ribu ringgit demi satu tapak bazar. Tapi bagi seorang peniaga di Bazar Ramadan Kuala Besut, modal RM23,000 itu dianggap pelaburan yang sangat berbaloi.

Arsyalieza Arsyad, 42, mengakui tidak menyesal membida dua tapak utama menerusi proses bidaan yang diadakan di Majlis Daerah Besut pada 20 Januari lalu.

Menurutnya, sebaik membeli borang bidaan pada hujung Disember tahun lalu, dia sudah nekad mahu mendapatkan lokasi strategik tersebut walaupun tidak pernah berniaga di situ sebelum ini.

“Saya sebenarnya sudah menyediakan wang RM30,000 untuk bidaan tersebut. Saya tidak sangka perlu ‘berlawan’ harga dengan peniaga lama yang setiap tahun berniaga di situ.

“Tahun lepas, harga bidaan tertinggi hanya sekitar RM6,000, tetapi tahun ni saya nekad ‘lawan’ sehingga berjaya mendapatkan tapak pertama dengan harga RM10,000 dan tapak kedua RM13,000,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kampung Raja, Besut.

Jelasnya lagi, daripada lima tapak utama yang dibuka untuk bidaan kompetitif, tapak lain di kawasan itu hanya sekitar RM1,000.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka bidaan tinggi tersebut menjadi tular di media sosial.

“Disebabkan viral tu ramai pelanggan datang cari dan mahu cuba jualan saya. Sejak hari pertama Ramadan, saya dan tujuh pekerja memang tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang tak putus-putus.

“Di gerai ini saya menjual 15 jenis air balang pelbagai perisa. Pada hari pertama, permintaan terlalu tinggi sehingga saya perlu menambah enam lagi tong air bagi menampung permintaan pelanggan,” ujarnya yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak 17 tahun lalu.

Mengulas sasaran, Arsyalieza menjangkakan modal RM23,000 untuk bidaan tapak tersebut mampu diperoleh semula dalam tempoh seminggu berdasarkan trend jualan yang mencecah ribuan ringgit sehari.


Selain di Bazar Ramadan Kampung Raja, beliau turut mengusahakan satu lagi tapak di Bazar Ramadan Bukit Kenak.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!