Mahkamah Syariah Kelantan Perintah Mufaraqah Kes Wanita Kahwin Dua

Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan mengarahkan seorang wanita yang bernikah dengan lelaki warga Pakistan ketika masih sah bergelar isteri menjalani mufaraqah bagi merungkai kekusutan status perkahwinannya.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mohd Anwan Ab Muttalib selepas membenarkan permohonan difailkan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Islam Daerah Kota Bharu, Naim Md Ghazali.

Menurut Naim, wanita berkenaan, Che Rosmizan, telah berkahwin dengan suami pertamanya, Rosman Yusof, 47, pada 22 September 2000 berdasarkan carian Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (e-Nikah).

Bagaimanapun, perceraian mereka hanya disahkan secara rasmi pada 14 Januari lalu di Mahkamah Syariah Bachok.

Katanya, sebelum perceraian dimuktamadkan, wanita tersebut didapati telah melangsungkan pernikahan dengan lelaki warga Pakistan pada 8 Disember lalu di Mukim Bunut Payong.

“Ketika itu perkahwinan pertamanya masih sah di sisi undang-undang.

“Keadaan ini jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana seorang wanita tidak dibenarkan mempunyai dua suami dalam satu masa.

“Selain menimbulkan kekeliruan terhadap rekod perkahwinan dan implikasi undang-undang,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya telah memohon mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai bagi menyelesaikan status perkahwinan tersebut mengikut hukum syarak dan undang-undang.

Sementara itu, media melaporkan seorang lelaki telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas mendakwa isterinya berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi pada Ahad.


Kes berkenaan turut menjadi perhatian kerana melibatkan isu sah taraf perkahwinan dan kepatuhan terhadap prosedur undang-undang syariah.

Sumber: Sinar Harian

SHARE

TERKINI

PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!