Adab Tidak Bunuh Kreativiti, RXZ Forever Legend Bukti Kematangan Anak Muda – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud memuji kematangan dan keperibadian anak muda yang menjayakan program RXZ Forever Legend di Kota Bharu, sambil menegaskan bahawa adab tidak pernah membunuh kreativiti, sebaliknya mengangkat martabat karya.

Menurut beliau, program tersebut berjaya mematahkan persepsi lama bahawa nilai dan adab menjadi penghalang kepada kebebasan berkarya.

“Hakikatnya, adablah yang mengangkat martabat karya. Kerajaan tidak pernah menyekat anak muda berkarya. Tiada idea dipadam, tiada bakat dipenjara. Yang dipandu hanyalah arah, supaya kebebasan tidak menjadi kebiadaban, dan seni tidak berubah menjadi kehampaan nilai,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan zon menutup aurat dan kewujudan surau yang hidup sepanjang acara sebagai simbol kematangan, bukan kekangan.

“Zon menutup aurat dan surau yang hidup sepanjang acara bukan simbol kekangan, tetapi bukti kematangan. Inilah seni yang tahu asal-usulnya, dan hiburan yang tidak lupa Tuhannya,” katanya.

Tambah beliau, anak muda Kelantan memilih jalan yang sukar tetapi bermaruah, berani berhibur tanpa kehilangan akhlak dan berani bergembira tanpa menggadai prinsip.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan agar hiburan tidak menjadi tujuan hidup, sebaliknya akhlak menjadi kompas sepanjang perjalanan kehidupan.

“Hiburan hanyalah singgah seketika, tetapi akhlak menentukan arah hidup sepanjang jalan. Kebebasan tanpa adab hanya melahirkan penyesalan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para tetamu dari luar Kelantan yang hadir memeriahkan program RXZ Forever Legend, sambil memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran.


“Terima kasih kerana memilih negeri Serambi Mekah sebagai destinasi. Kehadiran kalian membawa tuah, mengalirkan rahmat dan meninggalkan jejak kenangan yang kami hargai,” katanya.

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!