ADUN Melor Ajak Anak Muda Konvoi Motosikal Tengok Bangunan “Airport Baru”

Satu program konvoi motosikal dan sesi lepak santai bersama wakil rakyat Kelantan bakal diadakan pada Sabtu ini, 25 April 2026, dengan lokasi tumpuan termasuk bangunan baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud dalam satu hantaran di Facebook mengajak anak muda untuk bersama ke program yang diberi nama “Konvoi & Lepak Anak Muda Bersama YB-YB”.

Adun melor facebook


Program itu dianjurkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, dengan sasaran utama anak muda sekitar Kota Bharu.

Menurut maklumat yang dikongsikan, program akan bermula dengan solat Asar di Masjid Muhammadi pada jam 4 petang sebelum pelepasan konvoi dibuat pada jam 5 petang.

Konvoi tersebut akan melalui laluan Masjid Muhammadi → Airport → Bandar → Padang Depan Area Lotus, sebelum sesi ucapan dan perjumpaan bersama beberapa wakil rakyat diadakan pada jam 6.15 petang.

KONVOI & LEPAK ANAK MUDA BERSAMA YB YB KELATE


Penganjur turut menekankan bahawa program tersebut bukan bertujuan untuk mencetuskan kekecohan, sebaliknya memberi ruang kepada anak muda menikmati hujung minggu secara santai dan beradab.

Malah, mereka turut mengingatkan peserta supaya menunggang secara berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya, termasuk tidak menekan minyak terlalu kuat dan tidak melanggar lampu isyarat.

Program dijangka tamat sekitar jam 7 malam.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!