Wanita Berpakaian Seksi Diarah Pulang Di RXZ Forever Legend Kelantan

Seorang wanita diarahkan pulang apabila hadir memakai skirt serta baju terbelah di dada pada perhimpunan permotoran RXZ Forever Legend yang berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu selama dua hari bermula Jumaat.

Pada masa sama, 30 lagi wanita ‘dihadiahkan’ tudung untuk dipakai selepas didapati tidak menutup aurat sebagaimana yang dimaklumkan oleh penganjur, apabila seluruh tapak program diisytiharkan sebagai zon menutup aurat.

Pengarah Program RXZ Forever Legend, Muhamad Huzaifah Abdul Halim berkata, di pintu masuk lagi pihaknya telah menempatkan petugas bagi membuat pemantauan terhadap pengunjung yang hadir.

Rxz forever legend 2026

Tapak program RXZ Forever Legend diisytiharkan sebagai zon menutup aurat. (Gambar hiasan) | Foto: Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan


“Wanita yang kami minta pulang itu kerana pakaiannya terlalu seksi. Itu antara ketegasan yang kami tetapkan.

“Pada masa yang sama, kami telah menyediakan 100 helai tudung untuk wanita yang tidak menutup aurat dan hanya sekitar 30 orang yang berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup RXZ Forever Legend di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung pada Sabtu.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang turut meluangkan masa menunggang motosikal RXZ bersama peserta.

Muhamad Huzaifah berkata, hampir 99 peratus peserta yang hadir menunjukkan tahap kepatuhan terhadap syariah yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan seramai 20,000 peminat sukan bermotor dari seluruh negara serta Selatan Thailand hadir memeriahkan himpunan tersebut.

Ujarnya, penganjuran kali pertama itu berjaya dilaksanakan selepas hampir dua tahun dirancang bermula 2024.

“Melihat kepada sambutan peserta, Insya-ALLAH kami akan menganjurkan RXZ Forever Legend 2.0 pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!