181 Inspektor Kesihatan Ditugaskan Pantau Bazar Ramadan Di Kelantan

Sebanyak 87 pasukan melibatkan 181 inspektor kesihatan ditugaskan bagi membuat pemantauan berkala di 62 lokasi bazar Ramadan di seluruh Kelantan tahun ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Mohd Azman Yacob berkata, pihaknya turut akan mengambil sampel makanan secara rawak bagi memastikan tahap kebersihan juadah yang dijual sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan.

“Sampel makanan yang diambil akan dihantar ke makmal untuk mengenal pasti tahap kebersihan juadah yang dijual.

“Pengambilan sampel makanan ini dibuat secara berkala dan tidak semestinya disebabkan berlaku kes keracunan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II hari ini.

Menurutnya, JKNK turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan telah mengadakan taklimat kepada peniaga terlibat termasuk memberi suntikan tifoid dua minggu lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kanser payu dara merupakan kanser tertinggi direkodkan di Kelantan, iaitu 25 peratus daripada keseluruhan 6,172 kes kanser dalam tempoh 2017 hingga 2021.

“Jumlah ini berikutan kesedaran masyarakat di Kelantan semakin meningkat untuk membuat saringan awal selain teknologi pengesanan kanser yang lebih berkesan digunakan bagi mengesahkan pelbagai penyakit kanser.


“Situasi ini juga mendorong JKNK lebih giat memberi kesedaran kepada masyarakat agar peka dengan keadaan kesihatan masing-masing dan berjumpa doktor pada awal simpton dikesan,” katanya.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!