[VIDEO] Kelantan Red Warrior Bangkit Tewaskan Kedah FA 2-1 Di SSMIV

Kelantan Red Warrior FC bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah FA 2-1 pada aksi Liga A1 Semi Pro 2025/26 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti memburu kemenangan bagi membalas dendam kekalahan pusingan pertama kepada lawan sama, namun berada dalam masalah besar selepas Jasmir Mehat meledak gol pembukaan pada minit ke-57 buat pasukan pelawat.

Gol itu berpunca daripada gerak balas Abubakar Yakubu yang memperdayakan dua pertahanan Kelantan Red Warrior sebelum melorongkan bola rendah untuk disudahkan dengan rembatan lencong Jasmir Mehat, sekali gus menewaskan Shafiq Afifi.

Bagaimanapun, Emmanuel Mbarga mengikat kedudukan selang tiga minit kemudian selepas menanduk masuk tandukan awal kapten pasukan, Arham Khussyairi.

Kebangkitan tuan rumah dilengkapkan menerusi jaringan Faiz Nasir yang menerima hantaran daripada Fazli Ghazali sebelum meledak jaringan cantik kaki kiri pada minit ke-69, sekali gus menggegarkan gelanggang keramat Red Warrior dengan sorakan penyokong merah putih.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan sengit sejak wisel permulaan babak pertama, namun banyak peluang gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Irfan Bakti yang menurunkan dua import baharu, Wesley Barnaske dan Phillip Dandada Musa, kerap menyusun gerakan ke arah gawang Kedah FA, namun penyudah akhir mengecewakan. Pasukan pelawat pula hampir beberapa kali menambah jaringan menerusi percubaan tinggi Aiman Afif serta Nabil Latpi yang terkena tiang.

carta liga A1 semipro 2025/26 januari

Kedudukan terkini Liga A1 Semipro 2025/26 minggu ke 14 (Foto: Kelantan Red Warrior FC)





Tiga mata yang diraih meletakkan Kelantan Red Warrior di kedudukan ketiga carta liga dengan 35 mata daripada 18 perlawanan, lima mata di belakang pendahulu Selangor FC II dan tiga mata di belakang JDT FC II.


Sumber: Kelantan Red Warrior FC

SHARE:


Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Lebih 30 Peniaga Pasar Jelawat Bantah Pindah Ke Pasar Baharu
|
Lebih 30 peniaga kaki lima di kawasan parkir Pasar…
Tak Sempat Simpan Dalam Bank, Wang Tunai RM10,000 Dalam Kereta Dicuri
|
Seorang wanita berputih mata apabila beg galas berisi wang…
Dua Parah Dalam Kemalangan Libatkan Perodua Alza Dan Honda City Di Gua Musang
|
Dua individu mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan…
Anak Bachok Gigih Tanam Ubi Keledek, Jadi Buruh Demi Sambung Belajar Ke Australia
|
Tidak kisah berpanas terik dan keletihan, Mohammad Amir Ikhwan…
Projek Naik Taraf LTSIP Capai 88.9% Peratus, Sedia Kendali Penerbangan Antarabangsa
|
Lawatan kerja terakhir Kementerian Pengangkutan (MOT) ke Kelantan baru-baru…
[VIDEO] Kelantan Red Warrior Bangkit Tewaskan Kedah FA 2-1 Di SSMIV
|
Kelantan Red Warrior FC bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan…
Jawatan Kosong Kelantan