Projek Naik Taraf LTSIP Capai 88.9% Peratus, Sedia Kendali Penerbangan Antarabangsa

Lawatan kerja terakhir Kementerian Pengangkutan (MOT) ke Kelantan baru-baru ini menyaksikan YB Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, turun padang bagi memantau projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan.

Projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) itu kini melangkah ke peringkat akhir pembinaan fasa kedua dengan kemajuan lebih 88.9 peratus dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Kerja-kerja pembesaran terminal serta peningkatan infrastruktur utama terus dipergiat bagi meningkatkan kapasiti LTSIP sehingga empat juta penumpang setahun, selain memperkasa kemudahan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Lawatan tersebut menegaskan komitmen MOT untuk memastikan LTSIP bukan sahaja menjadi hab penerbangan yang lebih cekap dan selesa, malah berkeupayaan menarik penerbangan antarabangsa terus dari Kelantan, sejajar dengan perancangan pemanjangan landasan serta pematuhan kepada standard antarabangsa.

Hasrat ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh jaringan pengangkutan negara, meningkatkan aksesibiliti wilayah, merancakkan ekonomi tempatan melalui pelancongan dan perdagangan, serta menyediakan infrastruktur pengangkutan yang inklusif, berdaya saing dan mampan untuk semua rakyat.



Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

TERKINI

Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!