Tak Sempat Simpan Dalam Bank, Wang Tunai RM10,000 Dalam Kereta Dicuri

Seorang wanita berputih mata apabila beg galas berisi wang tunai RM10,000 yang ditinggalkan di dalam kenderaannya dicuri ketika dia membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Baling, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 11.40 pagi hari kejadian.

Menurutnya, pengadu memaklumkan dia meletakkan kenderaan jenis Toyota Avanza di hadapan pasar raya berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum masuk membeli barangan keperluan.

“Pengadu meninggalkan beg galas berisi wang tunai di dalam kenderaan berkenaan sebelum masuk ke pasar raya.

“Selepas selesai membeli-belah, pengadu terus pulang ke rumah dan menyedari beg galas tersebut telah hilang dari dalam kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan mangsa diparkir kira-kira 15 meter dari pintu hadapan pasar raya.

Menurutnya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an membuka pintu hadapan bahagian penumpang kenderaan itu sebelum melarikan beg galas berkenaan.

“Wang tunai yang hilang dipercayai merupakan hasil perniagaan pengadu yang mahu disimpan di dalam bank,” katanya.



Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

KD: Pengajaran buat semua, jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!