Seri 1-1 Di Brunei, KRW Tersingkir Dari Piala Malaysia, Piala Cabaran Menanti [Video]

Hasrat Kelantan Red Warrior FC untuk meneruskan kemaraan dalam Piala Malaysia musim ini berakhir selepas terikat 1-1 dengan DPMM FC pada perlawanan kedua pusingan 16 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah semalam, sekali gus tewas 1-3 secara agregat.

Skuad kendalian Irfan Bakti mempamerkan aksi meyakinkan walaupun berdepan tekanan hebat tuan rumah, malah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelapan menerusi tandukan Latiff Suhaimi hasil sepakan sudut Zuasyraf Zulkiefle.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila penyerang muda DPMM FC, Hakeme Yazid Said menyamakan kedudukan dua minit kemudian melalui sepakan lencong dari sudut yang terus menewaskan penjaga gol Kelantan.

Babak kedua menyaksikan perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan dan memperoleh beberapa peluang terbaik, namun kegagalan penyudah di depan gawang menghalang tambahan jaringan.

Ketangkasan penjaga gol Kelantan, Shafiq Afifi menjadi benteng utama apabila beberapa percubaan berbahaya pasukan tuan rumah berjaya dinafikan, khususnya hasil serangan yang digerakkan barisan pemain import DPMM FC.

Kontroversi tercetus pada minit ke-83 apabila Fazli Ghazali hampir menghadiahkan sepakan penalti kepada pelawat selepas berlaku kekasaran dalam kotak penalti, namun pengadil tidak mengendahkan situasi tersebut sekali gus mengecewakan kem Kelantan Red Warrior.



Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat, mengesahkan kemenangan agregat 3-1 buat DPMM FC yang juga pendatang baharu Liga Malaysia dan melangkah ke peringkat suku akhir untuk bertemu Kuching City.

Sementara itu, Kelantan Red Warrior akan mengalihkan fokus kepada Piala Cabaran MFL bersama Sabah, Kelantan Real Warriors, UM Damansara, Pulau Pinang, PDRM serta dua lagi pasukan yang akan ditentukan.

Piala Cabaran dijadualkan bermula pada 6 Februari 2026.

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!