Tiga Kanak-Kanak Nyaris Lemas Di Pantai Irama, Diselamatkan APM

Tiga orang kanak-kanak nyaris lemas ketika mandi di Pantai Irama, Bachok petang Jumaat berjaya diselamatkan oleh Petugas Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang di Zon 6 berhampiran Pasar Malam Pantai Irama, ketika kawasan pantai dipenuhi pengunjung sempena hujung minggu dan aktiviti pasar malam.

Menurut Mohd Khairi Mat Husin, keadaan pantai ketika itu berombak dengan air pasang, selain cuaca panas dan berangin.

Katanya, jeritan orang awam telah menarik perhatian petugas APM yang sedang menjalankan rondaan rutin berhampiran lokasi kejadian sebelum mereka bertindak pantas menjalankan operasi menyelamat.

“Petugas berjaya membawa kesemua mangsa ke darat dalam beberapa minit. Rawatan awal diberikan di lokasi dengan bantuan orang awam,” katanya.

Beliau berkata, seorang mangsa dibawa ke Hospital Bachok untuk pemeriksaan lanjut, manakala dua lagi dibenarkan pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Operasi menyelamat melibatkan lima anggota APM dengan penggunaan peralatan keselamatan seperti life line, rescue tube dan life jacket, dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.00 petang.

APM Negeri Kelantan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti di pantai, khususnya dalam keadaan ombak kuat dan air pasang.



Ibu bapa juga diingatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak ketika beriadah di pantai serta mematuhi semua arahan keselamatan yang ditetapkan.

Sumber: APM Negeri Kelantan

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!