12 Lagi Jeti Haram Di Sempadan Malaysia-Thailand Dirobohkan

Sebanyak 12 lagi jeti haram di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand dirobohkan semalam dan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 37 jeti telah dimusnahkan setakat ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, antara jeti yang dirobohkan sejak semalam ialah Jeti Pok Mat, Kubor, Pak Su Rani dan Abe Yie.

Menurut beliau, 37 jeti tersebut adalah sebahagian daripada 223 jeti haram yang dikenal pasti untuk dirobohkan bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan.

“Operasi merobohkan 12 jeti haram itu bermula semalam dan akan diteruskan sehingga kesemua jeti yang dikenal pasti selesai diruntuhkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Daripada keseluruhan 223 jeti berkenaan, beliau memaklumkan 216 jeti dibina di atas tanah kerajaan, manakala tujuh lagi terletak di atas tanah persendirian.

Mohd Yusoff berkata, kerja-kerja meroboh yang dilaksanakan secara berperingkat sejak Oktober tahun lalu itu merupakan usaha berterusan bagi memperkukuh keselamatan sempadan serta memerangi jenayah rentas sempadan.

“Jeti-jeti haram ini terletak di sepanjang kawasan sempadan dari Tumpat hingga ke Jeli,” katanya.

Sempadan Malaysia–Thailand sejak sekian lama dikenal pasti sebagai kawasan panas aktiviti rentas sempadan melibatkan penduduk tempatan dan warga Thailand.



Keadaan Sungai Golok yang sempit memudahkan penyeludup menjalankan aktiviti dengan menghantar barangan menyeberangi sungai menggunakan bot.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!