Empat lagi pangkalan haram di Sungai Golok dirobohkan dalam operasi bersepadu

Empat lagi pangkalan haram yang menjadi laluan aktiviti rentas sempadan di sepanjang Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand, dirobohkan dalam operasi bersepadu pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 10.40 pagi itu membabitkan penyertaan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, semua pangkalan terbabit berada dalam daerah Pasir Mas.

“Empat pangkalan berkenaan dikenali sebagai Mat Roji 2, Surau Lama, Perdah dan Mat Roji 1,” katanya.

Beliau berkata operasi perobohan dijalankan mengikut senarai serta peraturan dikeluarkan Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas, dan keseluruhan proses berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

“Tujuan operasi ini adalah untuk menghalang pangkalan-pangkalan tersebut daripada digunakan untuk aktiviti menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dan pergerakan rentas sempadan tidak sah,” jelasnya.



Sebelum ini, empat pangkalan haram turut dirobohkan sehingga 8 November lalu, melibatkan dua lokasi di Rantau Panjang dan dua di Tanah Merah. Empat pangkalan yang terlibat ketika itu ialah MCA, Gergaji, Dua Riya dan Nusi seperti dimaklumkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!