Projek Jambatan Sungai Durian Dipantau Rapi, Kontraktor Jamin Siap Hujung Tahun 2026

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Dato’ Dr Izani Husin, mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai bagi meninjau sendiri perkembangan semasa pelaksanaan projek berkenaan.

Menurut beliau, projek jambatan itu telah ditender pada tahun 2021 dengan syarikat After Image dipilih sebagai kontraktor pelaksana. Bagaimanapun, selepas beberapa kali lanjutan tempoh diberikan, kemajuan kerja setakat ini hanya mencapai sekitar 49 peratus.

Beliau memaklumkan bahawa pihak kontraktor memberi jaminan satu bahagian jambatan akan disiapkan sebelum Aidilfitri, manakala bahagian selebihnya dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026.

Pelaksanaan projek berkenaan, jelasnya, kini dipantau secara rapat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kemajuan kerja berjalan mengikut perancangan baharu yang ditetapkan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa sebarang kegagalan kontraktor untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh lanjutan yang diberikan akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkaitan.



“Saya menaruh harapan agar syarikat After Image dapat memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan menyiapkan projek jambatan ini demi kepentingan serta keselamatan rakyat setempat,” katanya.

SHARE:


TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!