Kenaikan Harga Diesel, Projek LTU Dan Kompleks Sukan Bukit Merbau Antara Terjejas

Lonjakan mendadak harga diesel industri sehingga 145 peratus susulan konflik di Asia Barat dilaporkan menyebabkan lebih 100 projek pembinaan di seluruh negara tergendala.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan kontraktor apabila kos operasi jentera pembinaan meningkat secara drastik, sekali gus menjejaskan kelangsungan pelbagai projek infrastruktur.

Susulan perkembangan tersebut, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menggesa kerajaan supaya mengaktifkan semula mekanisme Variation of Price (VOP) bagi membantu menampung kenaikan kos bahan binaan utama yang kini meningkat sehingga 40 peratus.

Presiden PKBM, Datuk Azman Yusoff berkata projek berskala besar antara yang paling terkesan termasuk Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut menyebut projek pelebaran laluan Kulai-Sedenak di Lebuhraya PLUS serta projek Kompleks Sukan Bukit Merbau antara yang terjejas.

“Ia akan menjejaskan projek-projek mega yang sedang berjalan di Semenanjung. Contohnya LTU yang sangat penting untuk disiapkan, selain projek di Kelantan menjelang SUKMA.

“Jika isu ini berlarutan, semua akan terbantut,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKBM.

Menurut laporan, harga diesel industri melonjak daripada RM2.79 seliter pada Februari kepada RM6.85 seliter setakat ini, menyebabkan sebahagian operasi jentera pembinaan terpaksa dihentikan.

Azman berkata, keadaan itu memberi tekanan besar kepada lebih 160,000 kontraktor tempatan yang kini berdepan risiko tidak mampu meneruskan projek.

Dalam pada itu, seorang kontraktor dari Kelantan, Azahar Ibrahim turut merayu agar kerajaan campur tangan segera bagi memastikan projek dapat diteruskan.

“Minta tolong daripada pihak kerajaan untuk memandang serius perkara ini supaya projek tidak tergendala,” katanya.

Seorang lagi kontraktor dari Johor, Mohd Elauddin Sanusi berkata kegagalan meneruskan kerja pembinaan bukan sahaja menjejaskan industri, malah memberi kesan langsung kepada masyarakat.

“Oleh yang demikian kita merayu sekali lagi kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan untuk melaksanakan VOP ini,” katanya dalam satu rakaman video kepada Buletin TV3.

PKBM menjelaskan pelaksanaan semula VOP perlu disegerakan bagi membolehkan kontraktor melaraskan harga kontrak berdasarkan naik turun harga bahan binaan di pasaran.

Untuk rekod, sektor pembinaan ketika ini tidak menerima subsidi diesel kerana diklasifikasikan sebagai sektor komersial.


Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!