‘Kelengkapan sekolah belum beli, ayah kata tunggu gaji’

Rasa lega dan gembira jelas terpancar di wajah tiga beradik dari Kampung Cherang Melintang, Tumpat apabila kelengkapan persekolahan yang dinanti akhirnya tersedia, walaupun sebelum ini mereka tidak berani terlalu berharap.

Mohd Syafiq Mohd Irwan Shah, 15, bersama dua adiknya, Nor Safura Ezaty, 13, dan Muhammad Adam Darwisy, 7, sedar sepenuhnya kekangan kewangan keluarga mereka.

Bapanya, Mohd Riduan Shah Shafie, 38, bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kolej komuniti, selain perlu memberi keutamaan kepada penjagaan ibu mereka yang menghidap strok.

“Kami tiga beradik tak pernah mendesak ayah. Dua adik memang perlu kelengkapan baharu sebab nak masuk sekolah menengah dan Tahun Satu, tapi kami faham keadaan ayah.

“Ayah selalu pujuk kami suruh tunggu gaji. Kami tahu kalau dibeli pun mungkin tak lengkap, jadi apa yang masih boleh pakai, kami guna saja,” katanya.

Namun, Syafiq bersyukur apabila ada pihak yang sudi tampil membantu mereka di saat akhir.

“Syukur sangat sebab akhirnya kami dapat juga rasa seronok macam kawan-kawan lain bila masuk sekolah,” ujarnya.

Tiga beradik itu merupakan antara 10 anak asnaf yang dibawa oleh Cempaka Merah Asnaf Society ke sebuah premis di Kampung Berangan bagi mendapatkan kelengkapan persekolahan.

Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed, berkata pihaknya telah membantu seramai 250 anak asnaf menerusi program bantuan persekolahan kali ini melibatkan empat daerah iaitu Tumpat, Kota Bharu, Kuala Krai dan Machang.

“Setiap anak diperuntukkan RM180 merangkumi seragam sekolah, kasut, beg serta alat tulis. Kesemua dana ini adalah hasil sumbangan orang ramai,” katanya.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!