“Nasi kosong berkuahkan mi segera jadi hidangan kami sekeluarga”

Kehidupan sebuah keluarga di Kampung Mengkebang, Kuala Krai, kini bergantung sepenuhnya kepada ihsan orang sekeliling selepas kedua-dua pencari rezeki utama tidak lagi mampu bekerja akibat masalah kesihatan.

“Nasi kosong berkuahkan mi segera jadi hidangan kami sekeluarga,” kata Mohd Zaharuddin Junoh, 46.

Menurutnya, kesusahan keluarganya bermula apabila beliau yang menjadi ketua keluarga disahkan menderita saraf tulang belakang, manakala isterinya, Asmawati Razali, 42, pula sudah sebulan tidak bekerja akibat luka kronik pada tapak kaki berpunca daripada komplikasi penyakit kencing manis.

Sebelum ini, Mohd Zaharuddin bekerja sebagai pemandu kereta sewa di sekitar Kuala Krai dengan pendapatan tidak menentu, walaupun lumpuh dari paras pinggang ke bawah selepas terbabit kemalangan ketika berusia 17 tahun.

“Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, kesihatan saya semakin merosot hingga tidak dapat mencari rezeki, menyebabkan isteri saya mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu di kedai makan dengan upah RM45 sehari,” katanya.

Namun, ujarnya, isterinya terpaksa berehat sejak lebih sebulan lalu selepas tapak kaki kanan luka akibat terkena batu tungku panas.

“Malangnya, isteri terpaksa ‘berehat sementara’ sejak lebih sebulan lalu selepas tapak kaki kanannya luka akibat terkena batu tungku yang panas, malah doktor memaklumkan kemungkinan daging pahanya perlu diambil bagi menutup bahagian luka di tapak kaki,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Terdahulu, Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed menyantuni keluarga berkenaan dan menyampaikan wang zakat serta barangan keperluan asas bagi meringankan beban mereka.

Mohd Zaharuddin berkata, kekangan kewangan dan pengangkutan menyebabkan beliau terpaksa memberhentikan rawatan fisioterapi yang sepatutnya dijalani dua kali sebulan di Hospital Sultan Ismail Petra.

Katanya, paling menyedihkan apabila tiga daripada enam anak tiri yang masih bersekolah terpaksa ke sekolah tanpa wang saku kerana ketiadaan sumber kewangan.

“Saya berkahwin 11 tahun lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata, kini menjaga tiga anak tiri dengan dua daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.

“Mujur dua anak OKU mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masing-masing sebanyak RM1,800 setahun, manakala saya pula memperoleh bantuan JKM RM450 sebulan di bawah Elaun Pekerja Cacat yang dapat membantu meringankan beban.

“Sebab itu makanan keluarga kami sentiasa dicatu kerana kekurangan wang untuk membelinya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB 7609922930 atas nama Mohd Zaharuddin Junoh atau menghubungi 014-2918163.



Sumber: Berita Harian, Harian Metro

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!