Dari 4 Jam Ke 1.5 Jam, Kemajuan Pembinaan Jalan Pedalaman Kuala Betis–Balar Positif

Pembinaan Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang menghubungkan Kuala Betis–Bihai–Belatim–Balar–Hau kini menunjukkan perkembangan positif apabila kerja-kerja pembukaan dan penolakan jalan telah melepasi 80 peratus kemajuan.

Perkembangan itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Dato’ Mohd Syahbuddin bin Hashim menerusi hantaran di Facebook beliau, sambil memuji prestasi kontraktor yang terlibat.

“Pembinaan Jalan Perhubungan Desa menghubungkan Kuala Betis–Bihai–Belatim–Balar–Hau sedang berjalan baik. Kerja-kerja tolak jalan telah melangkaui 80 peratus. Syabas SYT CENDANA SDN BHD, kekalkan momentum,” katanya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar projek berkenaan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual asal, memandangkan impaknya yang besar kepada penduduk pedalaman.

“Moga dapat siap awal daripada dijadualkan… berair mata ini tuan-tuan apabila ke Balar hanya satu jam setengah dari Bihai, sedangkan sebelum ini memakan masa tiga hingga empat jam,” katanya lagi.

Sebelum ini, projek pembinaan Jalan Perhubungan Desa bernilai RM190 juta dilaporkan bakal memberi manfaat kepada lebih 7,000 penduduk Orang Asli kaum Temiar di kawasan pedalaman.

Projek sepanjang 94 kilometer itu merangkumi laluan bermula dari Kuala Betis–Pos Bihai–Pos Belatim–Pos Balar–Pos Hau sebelum kembali bersambung ke Kuala Betis.



Selain pembinaan jalan utama, projek tersebut turut melibatkan pembinaan 23 jambatan, pemasangan lampu jalan jenis solar LED serta penyediaan sistem perparitan, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna.

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!