Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak dijangka siap 2029

KUALA LUMPUR – Projek pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) secara rasmi dimulakan tahun ini dan dijangka siap pada 2029, sekali gus bakal memberi keselesaan kepada pengguna terutama ketika musim perayaan menuju ke Pantai Timur.

Kerja awalan projek mega ini sebenarnya telah bermula sejak Januari lalu. Skop pelebaran melibatkan penambahan satu lorong setiap hala sepanjang 45.3 kilometer dari Plaza Tol Gombak hingga Persimpangan CSR Bentong.

Dengan itu, laluan dari Gombak ke Terowong Genting Sempah akan mempunyai empat lorong, manakala dari Terowong Genting Sempah ke Bentong akan menjadi tiga lorong.

Selain itu, projek ini turut merangkumi pembinaan sebuah terowong baharu di Genting Sempah serta pemasangan lampu jalan dari Gombak hingga ke Bentong.

Pelebaran KLK akan dilaksanakan dalam koridor lebuh raya sedia ada tanpa melibatkan pengambilan tanah tambahan. Projek ini diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik, menambah baik ciri keselamatan serta menjadikan perjalanan pengguna lebih selesa dan lancar.

#KelantanDaily
Sumber: Awani

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan