Helah Lelaki Tebus Subsidi Petrol Guna Dua MyKad Wanita Terbongkar Di Stesen Minyak

Helah seorang lelaki menggunakan dua MyKad milik individu lain bagi menebus subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) terbongkar apabila dia ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara di sebuah stesen minyak di Pengkalan Kubor, pada Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh anggota Batalion 7 PGA kira-kira jam 11 pagi ketika cuba melakukan penebusan subsidi di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati suspek menggunakan dua kad pengenalan berwarna biru yang bukan miliknya, dipercayai bagi tujuan menebus subsidi petrol.

“MyKad terbabit masing-masing milik wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tindakan mencurigakan suspek telah menarik perhatian anggota PGA sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan dan membawa kepada penahanannya di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana menyalahgunakan dokumen pengenalan diri.

BUDI95 sebelum ini diperkenalkan kerajaan pada 30 September tahun lalu sebagai mekanisme bersasar bagi memastikan subsidi petrol RON95 hanya dinikmati oleh golongan yang layak, selaras dengan usaha mengekang ketirisan dan penyalahgunaan subsidi.



Melalui pelaksanaan ini, penebusan subsidi dikaitkan secara langsung dengan MyKad pemilik kenderaan, sekali gus menjadikan penggunaan kad pengenalan milik individu lain sebagai satu kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!