Dua Serambi Bertemu Demi Kemanusiaan, MB Kelantan Ziarah Aceh Pasca Banjir

Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan kunjungan mahabbah ke Aceh pada Jumaat sebagai simbol solidariti kemanusiaan susulan bencana banjir besar yang melanda wilayah itu serta Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir November tahun lalu.

Ketibaan beliau di Aceh disambut Muhammad Diwarsyah, yang mewakili Gubernur Aceh. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak menyoroti hubungan sejarah Aceh dan Kelantan yang saling terjalin erat melalui jalur perdagangan Selat Melaka serta penyebaran Islam sejak ratusan tahun lalu.

Aceh pernah muncul sebagai kuasa maritim utama di Sumatera selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, selain berperanan sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam dengan sokongan Turki Uthmaniah.

Dalam masa sama, Kelantan di Semenanjung Melayu berkembang di bawah pengaruh Pattani dan kemudian Siam, sebelum jatuh ke tangan British susulan Perjanjian Anglo-Siam 1909.

Kedua-dua wilayah ini berkongsi identiti Melayu-Islam yang kuat serta pengalaman sejarah berhadapan kuasa luar.

Kunjungan tersebut membawa makna mendalam susulan bencana banjir besar yang mengorbankan seramai 1,178 nyawa dan memaksa lebih 238,500 penduduk dipindahkan.

Turut serta dalam delegasi ialah YB Rohani Ibrahim, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan YB Ustaz Abd Rahman Yunus serta wakil-wakil lain.

Dalam lawatan itu, Menteri Besar turut diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Darul Falah, bersempena bulan Rejab. Beliau berkongsi ibrah Israk dan Mikraj, menekankan bahawa perpaduan Islam bukan sekadar slogan sosial, sebaliknya satu projek Ilahi yang berpaksikan tauhid, kepimpinan Rasul, ibadah yang menyatukan serta iman yang melangkaui batas logik.

Menteri besar kelantan menyampaikan khutbah Jumaat di Aceh Indonesia

Mohd Nassuruddin Daud diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Darul Falah (Foto: Menteri Besar Kelantan)




Beliau menegaskan, jika langit boleh terbuka satu demi satu dengan izin Allah, maka hati umat juga mampu disatukan apabila tunduk kepada wahyu yang sama, dengan berpegang teguh kepada tali Allah sebagai komitmen hidup yang memandu keselamatan dunia dan akhirat.

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!