MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan pada Sabtu ini diharap dapat membuka ruang penyelesaian terhadap beberapa isu berbangkit berkaitan pembangunan negeri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pertemuan akan diadakan sempena lawatan itu bagi membincangkan projek-projek yang perlu disegerakan.

Menurut beliau, Perdana Menteri dijadual merasmikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sebelum meneruskan lawatan ke Pasir Puteh untuk menghadiri Mesyuarat Tindakan dan Pembangunan Negeri.

“Pada waktu itu akan dibentangkan kalau ada apa-apa projek yang perlu disegerakan dan dibincang di Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas mengenai LTSIP yang sudah dinaik taraf, Mohd Nassuruddin berharap kemudahan itu memberi manfaat besar kepada Kelantan sebagai negeri yang bersempadan dengan Thailand.

Katanya, selain memberi kemudahan kepada rakyat negeri ini, kehadiran pelancong luar terutama dari Thailand dijangka memberi limpahan ekonomi kepada Kelantan.

“Kita adalah sempadan dengan Thailand jadi dengan siapnya lapangan terbang ini dan bermula pelepasan antarabangsa, akan berlaku limpahan ekonomi.

“Bermakna penduduk di selatan Thailand akan guna lapangan terbang ini sekali gus ekonomi akan berkembang,” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) kali ke-16 di Tunjong yang membabitkan 350 graduan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!