Dua Maut Dirempuh Mercedes Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Persekutuan

Dua individu disahkan maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan tragis membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.20 pagi dan berpunca daripada satu insiden kemalangan awal di lorong paling kanan lebuh raya berkenaan.

Menurut beliau, sebuah Honda HR-V yang dinaiki dua rakan, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 50 tahun, dipercayai melanggar bahagian belakang Proton Suprima yang dipandu seorang wanita berusia 20-an.

“Akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga individu terbabit keluar dari kenderaan dan berada di lorong paling kanan lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun gagal mengelak lalu merempuh Proton Suprima serta tiga individu yang berada di lorong tersebut.

Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang Honda HR-V maut di lokasi kejadian, manakala pemandu Proton Suprima serta pemandu Mercedes mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Ramsay berkata, punca kematian mangsa dikenal pasti sebagai kecederaan serius di bahagian kepala dan badan akibat kemalangan jalan raya.

“Sampel darah dan air kencing pemandu Mercedes telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Polis turut meminta saksi kejadian atau orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-775 7354.

Terdahulu, rakaman video kemalangan maut itu tular di beberapa platform media sosial.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan