Dua Bekas Pegawai Tertinggi ATM Akan Didakwa Di Mahkamah Khas Rasuah Esok

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa dua bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seorang orang awam berhubung beberapa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurut laporan Malaysiakini, individu terbabit ialah bekas Panglima Angkatan Tentera, Mohd Nizam Jaafar dan bekas Panglima Tentera Darat, Hafizuddiean Jantan bersama isterinya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, Hafizuddiean dan isterinya masing-masing bakal berdepan empat pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Pertuduhan tersebut akan dikemukakan di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Khamis ini. Hafizuddiean turut berdepan dua lagi pertuduhan di bawah akta sama di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam pada Jumaat, manakala isterinya akan menghadapi satu pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.

Sementara itu, Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pertuduhan terhadap Mohd Nizam melibatkan siasatan berkaitan salah guna kuasa dan isu Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), selain satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam kenyataan sama, SPRM menegaskan komitmen berterusan suruhanjaya itu untuk memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa kompromi.

SPRM turut memaklumkan siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Terdahulu, pada 7 Januari lalu, Hafizuddiean bersama dua isterinya ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya berkaitan siasatan projek perolehan tender Tentera Darat.

Keputusan reman menyaksikan Hafizuddiean ditahan selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya direman selama tiga dan enam hari.

Rasuah panglima atm

Kredit Malaysiakini



Dalam satu sidang akhbar, Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan sebanyak RM11.4 juta nilai barangan disita dari dua kediaman bekas Panglima Tentera Darat itu, termasuk sebuah rumah rahsia di Kuala Lumpur.

Selain itu, rampasan turut dilakukan di sebuah rumah di Besut, Terengganu, manakala sebanyak 75 akaun syarikat berjumlah RM32.5 juta dibekukan.

SPRM juga memaklumkan siasatan awal bermula pada 23 Disember lalu apabila agensi itu hadir ke Kementerian Pertahanan bagi menyiasat beberapa projek perolehan Tentera Darat sejak 2023.



Pada 11 Januari lalu, seorang pegawai pengurusan tertinggi ATM dirakam keterangan bagi membantu siasatan, sebelum seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan pada 14 Januari berkaitan kartel projek tender perolehan Tentera Darat.

Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Tiga Blok Bangunan SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah Bachok Terbakar
|
Satu kebakaran besar mengejutkan penduduk apabila tiga blok bangunan…
Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat
|
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran…
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
|
Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota…
Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Jawatan Kosong Kelantan