Banglo Wakaf Di Bunut Payong Jadi Pusat Pengajian Al-Quran OKU Penglihatan

Fungsi wakaf sebagai pemangkin pendidikan Islam terus diperkasakan apabila sebuah banglo yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu dijadikan pusat pengajian al-Quran khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pusat pengajian berkenaan merupakan yang pertama ditubuhkan oleh MAIK hasil kerjasama dengan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Kelantan.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan golongan OKU penglihatan tidak tercicir daripada arus pendidikan agama.

“Operasi kelas al-Quran Braille sebelum ini dijalankan di premis sewaan di Padang Mokkan.

“Pemindahan ke banglo wakaf ini yang lebih selesa dan kondusif diharap dapat membantu lebih ramai OKU penglihatan menimba ilmu al-Quran dengan lebih berkesan,” katanya ketika merasmikan Pusat Pengajian Al-Quran Pertis di sini pada Rabu.

Banglo wakaf berkenaan kini menempatkan seramai 22 pelajar OKU penglihatan terdiri daripada 10 lelaki dan 12 wanita berusia antara 23 hingga 72 tahun.

Kelas pengajian dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pengenalan asas Braille, bacaan Iqra’ dan bacaan al-Quran, dengan pembelajaran dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar yang juga OKU buta, termasuk seorang guru agama lantikan MAIK.

Dalam pada itu, MAIK turut menyumbang pelbagai peralatan bagi kelangsungan pusat pengajian berkenaan termasuk empat unit peranti e-Braille bernilai RM9,000 setiap satu yang berfungsi sebagai komputer khas untuk membaca, menaip dan mendengar kandungan al-Quran.

Selain itu, empat unit mesin taip Braille atau Perkins Brailler turut disumbangkan dengan anggaran harga antara RM3,500 hingga RM5,000 seunit, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan peralatan bernilai RM50,660.

Tengku Mohamad Rizam menegaskan bahawa keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk menuntut ilmu.



“Ilmu al-Quran yang bermanfaat adalah kunci meningkatkan martabat seseorang di sisi ALLAH,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada pewakaf, Allahyarham Datuk Dr Fathil Mohamed, yang mewakafkan banglo tersebut untuk manfaat pendidikan OKU penglihatan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!