Pekerja lelaki maut, seorang cedera di tapak pembinaan LTSIP

Seorang pekerja lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohammad Shamsudin Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang sebelum bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

Menurut beliau, jentera dan anggota tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan dua lelaki dewasa.

“Seorang mangsa mengalami patah kaki kanan manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Mas Idham Mahamad, 22, berasal dari Banting, Selangor. Jenazah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menerima rawatan lanjut.



Punca kejadian tidak didedahkan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Bernama

TERKINI

PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!