APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas

Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam untuk memindahkan seorang pesakit wanita obesiti dalam satu operasi khas yang dijalankan pada malam Jumaat.

Operasi itu dilaksanakan oleh APM Rantau Panjang bagi membantu pesakit seberat 180 kilogram yang mengalami sesak nafas di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas.

Pegawai Unit Pertahanan Awam Rantau Panjang, Lt. (PA) Mohd Fuad Ismail berkata, pesakit terbabit dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Operasi Bermula Lewat Malam

Menurut beliau, operasi bermula pada jam 10.45 malam dan hanya selesai pada jam 4.30 pagi.

“Operasi pemindahan menggunakan sebuah lori yang dilengkapi sistem hidraulik.

“Ini bagi memudahkan proses mengangkat dan memindahkan pesakit secara selamat,” katanya ketika dihubungi.

Libatkan 10 Petugas

Mohd Fuad berkata, operasi berkenaan membabitkan enam anggota APM bersama empat kakitangan hospital.

Katanya, pesakit turut diberikan bantuan serta sokongan perubatan sepanjang proses pemindahan dijalankan.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!