Rakyat Malaysia maut ditembak di rumah sendiri di Thailand

PASIR MAS – Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Sungai Golok, Thailand maut selepas ditembak lapan kali dalam kejadian di rumahnya pada petang Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok kira-kira jam 9 malam.

Menurut jurucakap polis Narathiwat, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang, hasil temu bual dengan beberapa saksi berhampiran lokasi kejadian.

“Suspek yang merupakan rakyat tempatan disyaki menyerang mangsa menggunakan pistol 9 milimeter (mm). Selepas menembak mangsa, suspek terus melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, polis Thailand memaklumkan identiti suspek telah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan.

Sementara itu, ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata beliau dimaklumkan oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, mengenai kejadian kira-kira jam 8.30 malam.

“Saya diberitahu anak saya terkena tembakan dan sejam kemudian menerima panggilan bahawa dia sudah meninggal dunia,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Pasir Mas hari ini.

Zaiton berkata, arwah sempat pulang ke rumah sehari sebelum kejadian bersama isterinya yang sedang sarat mengandung.

“Menantu saya bakal bersalin pada 10 Disember ini, tarikh yang sama dengan hari lahir arwah,” katanya.

Menurut Zaiton, arwah menjalankan perniagaan barangan terpakai dan beg jenama antarabangsa secara dalam talian bersama isterinya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Apam Surau selepas solat Zohor hari ini.



Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, turut mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak berkuasa Thailand.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Bernama

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!