Mangsa banjir berdaftar di PPS akan dapat bantuan BWI RM1,000

Mangsa banjir yang mendaftar di mana-mana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bakal menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebaik saja mereka pulang ke rumah, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim.

Beliau menjelaskan bahawa bantuan RM1,000 itu akan disalurkan terus melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), dan mangsa perlu mempunyai akaun tersebut bagi melancarkan proses pembayaran. Tiada bantuan tunai akan diberikan.

“Matlamat kita bila mangsa banjir balik ke rumah, dapat BWI tapi semua melalui akaun BSN, tiada bantuan tunai.

Mana yang tiada akaun BSN, pergi ke kaunter buka akaun,” katanya ketika ditemui di PPS SMK Geting.

Menurutnya lagi, bantuan itu bertujuan membantu keluarga membeli keperluan asas selepas pulang ke kediaman masing-masing.

Nilainya kekal RM1,000 bagi setiap keluarga, dengan syarat mereka berdaftar sebagai mangsa di PPS.

Beliau turut mengingatkan agar semua mangsa membuat pendaftaran, walaupun tidak bermalam di PPS.

“Daftar dan balik rumah pun tak apa sebab kadang-kadang ada yang perlu jaga rumah dan keluar bekerja.

Cuma kalau ada mangsa dalam kalangan anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya (OKU), minta kekal di PPS,” katanya.

Dalam pada itu, Meor Ismail memaklumkan aset dan kekuatan sumber manusia untuk operasi banjir masih mencukupi buat masa ini.

Seramai 103,500 anggota daripada pelbagai agensi kini bersiap siaga, termasuk yang sudah bertugas di lapangan.



“Kita ada Skuad Insan MADANI yang diketuai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bila-bila masa boleh gerakkan jika ada keperluan,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

TERKINI

JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!