Kelantan catat jumlah simpanan emas belum diteroka paling banyak di Malaysia

Lebih 50 lokasi di Kelantan ada emas, tapi banyak belum diteroka

Pensyarah Kanan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Mohd Syakir Sulaiman mendedahkan lebih 50 lokasi di Kelantan dikenal pasti mempunyai sumber emas yang masih belum diteroka sepenuhnya.

Menurut beliau, kawasan berpotensi tinggi itu meliputi daerah Gua Musang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai, dan negeri ini kini mencatat jumlah simpanan emas belum diteroka paling banyak di Malaysia.

“Kelantan setakat ini belum teroka sepenuhnya kawasan yang dikenal pasti terdapat bekalan emas. Kalau di negeri lain, kebanyakannya sudah dilombong oleh syarikat besar sejak berpuluh tahun, jadi simpanan emas mereka makin berkurang,” katanya.

Antara lokasi yang dikenal pasti termasuk Kuala Balah, Sokor, Batu Melintang, Lawar, Kalai, Perasu, Pulai dan beberapa kawasan di sekitar Gua Musang.

Dr Syakir berkata, emas di Kelantan pula biasanya mempunyai ketulenan tinggi, termasuk jenis emas 999 yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Banyak tapi susah nak lombong

Walaupun banyak kawasan berpotensi, katanya tidak ramai pelabur berani ambil risiko kerana kebanyakan lokasi itu terletak jauh di pedalaman dan memerlukan kos tinggi untuk diteroka.

“Pelabur takut rugi sebab kos tinggi dan tempatnya jauh dari laluan utama,” katanya lagi.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa keadaan itu bukan satu kerugian kepada negeri kerana nilai emas akan terus meningkat selagi ia tidak digali.

Cuma, yang dibimbangkan kini ialah aktiviti perlombongan haram oleh pihak tidak bertanggungjawab yang boleh mengaut hasil negeri tanpa lesen.

“Kerajaan dan pihak berkuasa perlu pantau supaya tiada pihak ambil kesempatan dengan mendulang emas secara haram,” ujarnya.

Rakyat dibenar mendulang emas

Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan bahawa rakyat Kelantan dibenarkan mengusahakan perlombongan emas secara mendulang di tanah milik kerajaan. Berita itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan ketika sesi penggulungan Belanjawan DUN Kelantan.



Langkah itu disambut baik rakyat yang selama ini berminat mencari rezeki dari sumber semula jadi negeri sendiri.

TERKINI

Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Presiden PAS Dakwa Nik Zawawi Mungkin Terpengaruh Penulisan Sejarah
|
Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang…
Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah
|
Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz…
Lima Beradik Yatim Piatu Di Pasir Puteh Ikat Perut, Makan Telur Rebus Sekali Sehari
|
Lima beradik di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh kini…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!