Isteri pemandu lori bancuh simen tidak sangka arwah tinggalkan pencen

"Tak sangka suami tinggalkan pencen untuk saya dan anak-anak"

Hasliza Hasbullah, 51, masih lagi terkejut dengan pemergian suaminya, Allahyarham Salmi Awang, pemandu lori pembancuh simen, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Oktober lalu.

Kejadian tular itu berlaku ketika kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh beberapa kereta serta tiang lampu di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Menurut laporan Sinar Harian, ibu kepada enam anak berusia antara sembilan hingga 27 tahun itu berkata, menerima panggilan dari pihak hospital mengenai pemergian suaminya seolah-olah “dunianya menjadi gelap”.

“Tak sangka suami yang berkerja sebagai pemandu lori meninggalkan pencen untuk saya dan anak-anak,” luah Hasliza sambil menahan sebak.

Menurut tukang jahit itu, fikirannya terus tertumpu pada nasib empat anak yang masih bersekolah serta komitmen bulanan Rumah Mesra Rakyat yang perlu dilunaskan.

Pemergian suaminya cukup mengejutkan kerana Allahyarham sebelum ini tidak menghidap penyakit jantung dan kelihatan sihat pada hari kejadian.

Hasliza menjelaskan, pencen penakat PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) sebanyak RM1,500.42 sebulan itu akan digunakan khas untuk keperluan persekolahan anak-anak. Selebihnya pula akan dibantu dengan mengambil upah menjahit.

Sebelum itu, Hasliza menerima kunjungan daripada Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, yang menyampaikan bayaran Faedah Pengurus Mayat (FPM) RM3,000 serta bantuan makanan.

Dia berasa lega apabila dimaklumkan pencen ini akan diterima sepanjang hayat, manakala anak-anak akan mendapatnya sehingga mencapai usia 21 tahun.



“Alhamdulillah, terima kasih PERKESO. Walaupun masih terkejut dengan pemergian suami, saya reda dan perlu meneruskan hidup demi anak-anak,” katanya.

Baca juga: Lori simen hilang kawalan di Kubang Kerian, pemandu disahkan meninggal dunia

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

5 Gambar Terkini Pembangunan Zon Pelancongan Bersepadu Pantai Geting
|
Projek pembangunan Bandar Sempadan Antarabangsa di Pantai Geting kini…
Penduduk Tunggu Sejak 2021, Jambatan Pasir Era Di Kuala Krai Tak Siap-Siap
|
Lebih 3,000 penduduk di lima kampung di seberang Sungai…
Bekas Pakar Bius Dari Bachok Kini Tenang Ternak Kambing
|
Jika dahulu hidupnya dipenuhi tekanan dan detik cemas di…
Individu Kongsi Pengalaman Kembali Guna Khidmat Zaki Tiub Motor Selepas 20 Tahun
|
Nama Mohamad Zaki Mamat, 48, atau lebih dikenali sebagai…
Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!