Lori simen hilang kawalan di Kubang Kerian, pemandu disahkan meninggal dunia

KOTA BHARU – Seorang pemandu lori pembancuh simen maut dipercayai terkena serangan jantung sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kereta serta tiang lampu di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian di sini, pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Saksi kejadian, Afisah Ibrahim, berkata ketika insiden berlaku, dia bersama dua anak lelakinya berusia empat dan tujuh tahun berhenti di sebuah kedai untuk membeli pulut ayam.

“Saya baru lepas ambil anak Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1. Kebetulan saya parkir kereta berhampiran dengan lori itu dan sempat melihat kepala pemandu seperti berada dalam keadaan telangkup di stereng,” katanya ketika dihubungi.

Afisah berkata, tidak lama selepas itu, orang ramai menjerit apabila lori berkenaan bergerak dan melanggar beberapa buah kereta serta tiang lampu.

“Saya ketika itu panik kerana lori tersebut hampir hendak merempuh kereta dan dua anak ada di dalamnya.

Alhamdulillah kereta saya tidak terkena walaupun sudah hampir dekat. Saya terus menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu kerana bimbang lokasi berkenaan berhampiran kawasan sekolah dan ketika itu waktu pelajar pulang,” katanya.

Menurut Afisah, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.



“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan bukannya akibat kemalangan maut. Siasatan selanjutnya sedang dijalankan,” katanya.

[KEMASKINI TERBARU]
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata ketika kejadian, mangsa, 56 tahun, berada di dalam lori berkenaan dan sedang memakir kenderaan berhampiran Pusat Tuisyen Al-Amin sebelum mengalami serangan jantung.

Akibat kejadian itu, lori dinaiki mangsa bergerak ke hadapan secara perlahan dan melanggar tiga kenderaan lain yang berada di hadapan, katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Rosdi berkata, pemandu lori berkenaan dibawa ke HPUSM untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.10 petang, manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan lanjut berkaitan kemalangan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya.

@thekelantandaily

Kejadian berlaku tengah hari tadi di Jalan Lundang. Pemandu dipercayai terkena serangan jantung dan telah meninggal dunia di hospital. #KelantanDaily #BeritaKelantan #BeritaTerkini

♬ original sound - Kelantan Daily - Kelantan Daily



#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan