Ibu Tunggal Di Tumpat Berdepan Kesukaran Sara 7 Anak Dengan Pendapatan RM600 Sebulan

“Bila tiada wang, anak-anak makan nasi goreng sahaja,” demikian luahan seorang ibu tunggal, Suhaida Shafiin, 43, yang kini berdepan kehidupan serba mencabar bersama tujuh anaknya di Kampung Kepala Batas, Tumpat.

Sejak bercerai hampir empat tahun lalu, Suhaida memikul tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga, menyara anak-anak berusia antara empat hingga 21 tahun.

Pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Tumpat, dia bagaimanapun terpaksa berhenti demi memberi tumpuan kepada keluarga apabila anak sulungnya mengalami tekanan perasaan dan tidak mampu menguruskan adik-adik ketika ketiadaannya.

Kini, Suhaida menyara kehidupan dengan menghasilkan kek serta sambal bilis yang dijual secara kecil-kecilan melalui aplikasi WhatsApp.

Pendapatan bersih sekitar RM600 sebulan itu terpaksa dibahagikan untuk keperluan asas, sewa rumah dan persekolahan anak-anak.

Empat daripada anaknya masih bersekolah, dengan seorang di sekolah menengah dan tiga di sekolah rendah.

Kelengkapan persekolahan tidak mampu disediakan sepenuhnya, namun bantuan daripada pihak prihatin sedikit sebanyak meringankan beban.

Suhaida berkata, dua anaknya yang berusia 10 dan 11 tahun turut membantu menjual kek di sekolah dengan harga RM1 bagi setiap bekas.

“Kami hanya mampu bayar separuh yuran sekolah dahulu. Baki akan dilangsaikan bila ada wang,” katanya, sambil memaklumkan rumah sewa RM350 sebulan yang didiami kini menunggak tiga bulan.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat Asnaf Hunter yang menyampaikan bantuan barangan dapur serta wang zakat.



Suhaida berharap dapat memiliki peralatan membuat kek seperti mesin adunan dan ketuhar lebih besar selain modal pusingan bagi meningkatkan pendapatan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam milik Suhaida, 03148020318321.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!