Fenomena rumpai laut merah di pantai, orang ramai dinasihatkan jangan sentuh

Rumpai Laut Merah Terdampar di Pantai: Orang Ramai Dinasihatkan Jangan Sentuh

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh atau memegang gumpalan rumpai laut merah yang terdampar di sekitar pantai berikutan risiko kegatalan kepada individu berkulit sensitif.

Menurut kenyataan pakar, rumpai laut berwarna merah muda itu tidak mengandungi toksin, namun ia mudah rosak apabila terdedah kepada air tawar seperti hujan. Keadaan itu menyebabkan ia berbau busuk dan menarik serangga kecil dalam jumlah yang banyak.

Fenomena gumpalan rumpai laut merah terdampar sebenarnya adalah proses semula jadi ekosistem pesisir dan berfungsi sebagai habitat sementara kepada organisma marin kecil seperti amphipods, isopods dan serangga pantai.

Pakar rumpai laut UMT, Muhammad Hafiz, menjelaskan kehadiran rumpai laut ini lazimnya berlaku menjelang peralihan Monsun Timur Laut (MTL) apabila angin kuat, arus pesisir dan ombak besar menolak spesies tersebut hingga tercabut dari dasar laut sebelum hanyut ke tepi pantai.

“Baru-baru ini berlaku fenomena rumpai laut merah terdampar di pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ia berwarna merah muda, halus seperti benang dengan segmen yang pendek, lembut, tetapi tidak mudah putus.

“Ia tidak mempunyai toksin, tetapi mudah rosak jika terkena air tawar. Risiko kepada manusia lebih kepada sentuhan fizikal di pantai, terutama bagi individu berkulit sensitif yang mungkin mengalami kegatalan,” katanya.

Beliau berkata spesies rumpai laut ini mempunyai taburan yang luas di kawasan beriklim sederhana dan tropika, dan kejadian terdampar dalam skala lebih besar pernah direkodkan di pantai UMT pada Ogos–Disember 2003 dan Oktober 2016.

Muhammad Hafiz menjelaskan, gumpalan rumpai laut yang tidak dikutip akan melalui proses pereputan. Cecair yang terhasil akan bertakung di bawah gumpalan dan mengeluarkan bau busuk serta menarik banyak serangga kecil.

“Risiko paling besar adalah penghasilan gas toksik hidrogen sulfida yang boleh menyebabkan pening dan loya. Jadi orang ramai dinasihatkan mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan gumpalan rumpai laut merah terdampar,” katanya.



Bagaimanapun, beliau menegaskan fenomena itu bukan tanda pencemaran, sebaliknya sebahagian daripada proses semula jadi ekosistem pantai yang memberi manfaat sebagai habitat sementara kepada pelbagai organisma kecil.

Sumber: Bernama

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!