Bendera Merah Dinaikkan, APM Pantau Keselamatan Di Pantai Geting

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tumpat melaksanakan rondaan serta pemantauan Menara Penyelamat Pantai di Pantai Geting, Tumpat, hari ini.

Pemantauan yang bermula sekitar jam 9 pagi itu melibatkan seramai lima anggota LLP sebagai langkah awal memastikan keselamatan pengunjung pantai, khususnya ketika keadaan cuaca kurang mengizinkan.

Menurut APM, keadaan cuaca ketika rondaan dijalankan dilaporkan mendung dengan ketinggian ombak sekitar 1.0 meter serta kelajuan angin mencecah 11 kilometer sejam.

Susulan itu, bendera merah telah dinaikkan sebagai tanda amaran keselamatan kepada orang awam.



Orang ramai yang berkunjung ke kawasan pantai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan, antaranya:

  • Tidak mandi-manda apabila bendera merah dinaikkan
  • Sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dan mengelakkan mereka bermain berhampiran air
  • Berwaspada dengan ombak tinggi dan angin kencang yang boleh mengundang bahaya
  • Mematuhi arahan petugas penyelamat di lokasi

APM menegaskan rondaan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini serta memastikan keselamatan pengunjung sentiasa terpelihara.

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!