RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU

Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000 penyokong pada Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, walaupun berdepan pelbagai kritikan, cemuhan dan tuduhan sebagai pengkhianat parti.

Penyelaras Konvensyen RESET, Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, beliau sendiri pernah dipecat daripada BERSATU namun perkara itu tidak menghalang gerakan berkenaan daripada terus mendapat sokongan.

Menurut beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Gerakan RESET berpotensi mengubah landskap politik negara pada masa hadapan.

“Di saat Datuk Seri Hamzah Zainudin berpecah dengan BERSATU dan dipecat, namun mendapat sokongan ramai. Saya sendiri juga dipecat.

“Kita sendiri dihina, dicerca dan dituduh pengkhianat, namun kita berjaya kumpul lebih 20,000 penyokong hari ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen RESET Malaysia.

Fokus Perjuangan Dan PRU Akan Datang

Mohamed Farid turut menggesa penyokong RESET supaya tidak terlalu mempedulikan isu berkaitan BERSATU atau polemik politik lain.

Sebaliknya, beliau mahu semua pihak memberi tumpuan kepada perjuangan yang disifatkan sebagai ikhlas demi bangsa, agama dan negara.

“Kita fokus atas perjuangan kita yang ikhlas demi bangsa, agama dan negara.

“Jentera RESET ini berbeza dan kita berkumpul pada hari ini. Jentera kita ramai yang bakal bantu kita, bantu PAS memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Pemimpin Utama Hadir Konvensyen

Konvensyen itu dijadual dirasmikan oleh Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Mohd Nassuruddin Daud, Ahmad Samsuri Mokhtar, Hamzah Zainudin serta Dominic Lau.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!