Bangunan Pasti terbakar, 50 murid dan guru selamat

46 murid Pasti cemas apabila bangunan terbakar semasa sedang sarapan, guru bertindak pantas selamatkan semua murid

Suasana pagi di Pasti Raudhatul Athfal, Chukai di Kemamam, Terengganu bertukar cemas apabila bangunan sekolah itu tiba-tiba terbakar pada Ahad, melibatkan sekitar 50 murid dan guru, lapor Sinar Harian.

Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi, seramai 46 murid berusia empat hingga enam tahun sedang menikmati sarapan selepas selesai sesi mengaji dan solat.

Guru bertugas, Nur Amyrah Salihah Mohd Yusoff, berkata kepulan asap dilihat muncul dari ruang atas bangunan satu tingkat itu sebelum api mula menyambar dengan cepat.

Menurutnya, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan tersebut memaklumkan ada asap tebal di bahagian atas bangunan yang menempatkan empat kelas.

580583909_1421239676239278_1514661768598483952_n

Foto: Haji Hanafiah Mat


“Saya masa tu dekat dapur. Lepas diberitahu, saya dan tiga lagi guru terus bergegas bawa murid keluar. Sekejap saja api naik tinggi dan menyambar keseluruhan ruang atas sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya.

Nur Amyrah berkata mereka bersyukur kerana tiada sesi pembelajaran berlangsung di kawasan yang terbakar, namun buku dan perabot habis musnah. Buat masa ini, operasi sekolah terpaksa dihentikan sementara.

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Saariah Hassan, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi sebelum mengerahkan 18 anggota dari Balai Bomba Kemaman dan Chukai ke lokasi.

Kebakaran melibatkan bangunan setingkat separa kekal yang terbakar kira-kira 70 peratus, namun semua penghuni berjaya keluar sebelum pasukan bomba tiba.



“Api marak bila kami sampai, tapi dapat dikawal dalam kira-kira 15 minit,” katanya.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!