Walaupun dibeli tanpa subsidi, RON95 tetap barangan kawalan

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menegaskan bahawa walaupun harga RON95 tanpa subsidi dijual pada kadar RM2.60 seliter, minyak itu tetap dikategorikan sebagai barangan kawalan.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, penyeludup masih memperoleh keuntungan besar dengan menjual bahan bakar ke Thailand walaupun selepas kenaikan harga.

“Penyeludup boleh untung bersih sekitar RM90 bagi satu tong 30 liter kerana harga RON95 di Thailand sekitar RM5.30 seliter. Walaupun petrol bersubsidi kini berharga RM1.99 seliter, harga tanpa subsidi RM2.60 seliter juga tidak menjejaskan aktiviti penyeludupan,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada segelintir penduduk di kawasan sempadan sanggup menyerahkan MyKad mereka kepada penyeludup bagi membolehkan pembelian petrol subsidi melalui program Budi Madani RON95 (BUDI95).

“Tindakan memberi MyKad bukan dianggap kesalahan kerana ia hak pemilik kad, namun ia membuka ruang kepada kegiatan penyeludupan,” katanya.



Menurut Azman, KPDN giat menjalankan pemantauan di stesen minyak kawasan sempadan untuk memastikan bekalan mencukupi bagi rakyat tempatan serta mengelak manipulasi pihak tertentu.

“Kami menerima rungutan daripada pengusaha stesen dan penyeludup yang mempersoalkan tindakan penguatkuasaan, tetapi langkah ini penting untuk mengekang ketirisan serta memastikan keadilan kepada penerima sebenar manfaat BUDI95,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!