LTSIP rekod 1.3 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan

KOTA BHARU, 26 Oktober 2025 – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini merekodkan jumlah 1.3 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan sejak Januari lalu.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 122.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan jumlah penumpang menunjukkan pertumbuhan luar biasa dalam permintaan perjalanan udara ke Kota Bharu.

LTSIP kini bukan sekadar pintu masuk negeri Cik Siti Wan Kembang tetapi juga menjadi nadi penting pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi serta Majlis Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP, malam tadi.

Mengulas mengenai penerbangan sulung itu, Mohd Izani berkata, penerbangan terus dari Singapura berkenaan membawa 50 penumpang dan akan diteruskan dua kali seminggu, iaitu setiap Jumaat dan Ahad, dengan tempoh perjalanan satu jam 15 minit.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan kemasukan penerbangan antarabangsa ke Kota Bharu, sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan negeri itu kepada pelancong.

“Kita lihat perjalanan ini mendapat sambutan. Dengan adanya kemudahan baharu lapangan terbang ini, kita yakin mampu menampung peningkatan kedatangan pelancong.

Sekiranya perjalanan Singapura–Kota Bharu mendapat sambutan baik, laluan Kota Bharu–Bangkok (Thailand) atau Kota Bharu–Jakarta (Indonesia) boleh dipertimbangkan,” katanya.



Mohd Izani menambah, pihaknya juga berharap dapat menjalin kolaborasi dengan pelbagai agensi bagi merancakkan lagi sektor pelancongan, khususnya di negeri Kelantan.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!