Rakyat Thailand Serbu Kelantan Sempena Cuti Panjang Dan Jualan Akhir Tahun

Ratusan rakyat Thailand dilihat memasuki Malaysia hari ini bagi memanfaatkan jualan hujung tahun yang diadakan sempena cuti sekolah serta sambutan Tahun Baharu 2026.

Kemasukan pelancong luar itu direkodkan melalui tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu di Bukit Bunga, Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.

Seorang ahli perniagaan dari Narathiwat, Sufian Rahim, 40, berkata beliau memasuki negara ini bersama isterinya, Suraya Ahmad, 40, serta anak lelaki mereka, Salsabi, 12, bagi menyambut cuti Tahun Baharu di Malaysia.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, mereka merancang untuk menginap selama satu malam di hotel sekitar Kota Bharu, selain mengambil peluang membeli-belah dan melawat beberapa lokasi menarik di sekitar bandar berkenaan.

“Thailand kini menyambut cuti umum selama lima hari bermula semalam, jadi ramai yang mengambil peluang memasuki Malaysia ketika cuti panjang sempena sambutan tahun baharu ini,” katanya.

Tinjauan mendapati limpahan pelancong dari Thailand merentasi sempadan sama ada menggunakan van sewa atau pengangkutan awam, dengan mereka dilihat memasuki kompleks pemeriksaan sejak awal pagi.

Ramai antara mereka dilaporkan menuju ke pusat beli-belah di seluruh Kelantan, khususnya di Kota Bharu, dengan tumpuan popular termasuk AEON Mall Kota Bharu dan KB Mall yang menawarkan pelbagai produk pada harga berpatutan.



Sementara itu, Ketua Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Chan Hon Mun, berkata sudah menjadi tradisi bagi rakyat Thailand untuk membeli-belah di Malaysia, khususnya di Kelantan, ketika musim cuti panjang.

“Promosi jualan hujung tahun yang menawarkan pelbagai potongan harga dilihat menjadi faktor utama menarik pelancong luar, khususnya dari Thailand, untuk membeli-belah di negara ini,” katanya.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!