Kerajaan lulus RM1.5 bilion bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand

KOTA BHARU Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand yang merentasi negeri Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Menurutnya, tembok keselamatan tersebut akan dibina di sepanjang sempadan dari Tumpat hingga ke Tanah Merah.

“Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melakukan lawatan ke sempadan negara.

“Perkara ini telah dibincangkan bersama MKN dan kini dalam proses sebut harga atau tender,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada Selasa.

Mohd. Yusoff berkata, pembinaan tembok itu bukan sahaja bertujuan mengekang kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, tetapi turut berfungsi sebagai benteng banjir bagi kawasan berisiko tinggi.

Sebelum ini, penduduk di Rantau Panjang menyuarakan harapan agar projek tembok keselamatan berkenaan mampu menjadi ‘dua dalam satu’, iaitu melindungi sempadan negara dan menahan limpahan air Sungai Golok yang sering menyebabkan banjir setiap kali musim tengkujuh.

Pada 13 Oktober lalu, Mohd. Yusoff pernah menegaskan bahawa pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas kini bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan strategik bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.



Beliau berkata, bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan cetek menyukarkan kawalan konvensional walaupun dengan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), dron dan kamera litar tertutup (CCTV).

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!