Harga telur naik mendadak selepas subsidi penuh ditamatkan

KUALA LUMPUR – Harga telur ayam gred A mencatatkan peningkatan mendadak pada September berikutan penamatan subsidi penuh bagi komoditi itu pada 1 Ogos 2025.

Menurut laporan Economics Update oleh CGS International, harga telur meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun (YoY) dan 4.0 peratus berbanding Ogos 2025.

Kenaikan itu dipercayai sebagai “kesan susulan” daripada keputusan kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi telur bermula 1 Ogos lalu.

Berdasarkan semakan pasaran oleh CGS International, harga purata sepapan telur (30 biji) gred A meningkat kepada RM14.10 pada September berbanding RM12.60 pada Ogos.

Telur yang menjadi sumber protein utama rakyat turut menyumbang kepada peningkatan inflasi makanan dan minuman, yang naik 2.1 peratus bulan lalu.

Secara keseluruhan, inflasi utama negara (CPI) berkembang 1.5 peratus pada September, sejajar dengan jangkaan pasaran.

Namun begitu, tekanan kos sara hidup tidak hanya terhad kepada makanan. CGS International turut merekodkan peningkatan ketara dalam kos utiliti, khususnya bekalan air, yang melonjak 7.8 peratus tahun ke tahun.

Kenaikan itu berpunca daripada pelarasan tarif air baharu di enam negeri dan wilayah persekutuan iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, harga barangan peribadi turut meningkat apabila komponen barang kemas dan jam tangan melonjak 25.4 peratus berikutan kenaikan mendadak harga emas global.

Kos penjagaan kesihatan juga kekal tinggi apabila insurans kesihatan meningkat 14.7 peratus sejak Julai, dikaitkan dengan pelaksanaan semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).



Melihat ke hadapan, CGS International menjangkakan tekanan inflasi akan berterusan, dengan CPI dijangka mencapai kemuncaknya pada Januari 2026, sambil mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan 2025 pada kadar 1.6 peratus.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!