Aktivis Britain hilang selepas ditahan sertai misi flotilla Gaza

LONDON – Aktivis dan wartawan Britain, Yvonne Ridley, 67, dilaporkan hilang selepas ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menurut kenyataan GSF pada Ahad, Ridley sepatutnya dihantar pulang ke Istanbul selepas ditahan di Penjara Ketziot, namun tidak diketahui keberadaannya ketika proses pemindahan itu.

“Peserta flotilla dari Scotland, Yvonne Ridley, hilang selepas dipenjarakan oleh Israel ketika misi kemanusiaan ke Gaza. Beliau sepatutnya dihantar pulang ke Istanbul, tetapi hilang ketika pemindahan. Lokasinya kini tidak diketahui, dan kami amat bimbang terhadap keselamatannya,” kata kenyataan itu.

Ridley difahamkan menjalani mogok lapar di penjara tersebut dan dinafikan akses kepada ubat-ubatan yang diperlukan. Ubat asalnya dirampas dan digantikan dengan ubat lain, namun beliau enggan mengambilnya.

Ridley hanya dibenarkan menerima akses konsular pada Jumaat lalu, dengan pegawai menyifatkan keadaan penahanannya sebagai “amat membimbangkan”.

Beliau merupakan antara hampir 500 aktivis, pempengaruh dan ahli politik dari pelbagai negara yang menyertai misi flotilla bersejarah untuk memecahkan kepungan haram Israel di Gaza, namun ditahan selepas kapal mereka dipintas di perairan antarabangsa.

Seorang wartawan Itali, Saverio Tommasi yang turut ditahan, mendedahkan tahanan dilayan “seperti monyet” dan dinafikan ubat-ubatan. Beliau juga mendakwa aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thunberg, turut menjadi sasaran khusus tentera Israel.

“Kami melihat Greta Thunberg dengan tangan terikat dan bendera Israel diletakkan di sebelahnya, satu penghinaan jelas,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar Israel menolak dakwaan berlakunya layanan buruk, menyifatkannya sebagai “pembohongan berani”.

Antara tokoh lain yang ditahan termasuk cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela, serta beberapa ahli parlimen Eropah.

Aktivis yang ditahan ditempatkan di Penjara Ketziot di Gurun Negev, sebuah pusat tahanan yang sebelum ini pernah dikritik badan hak asasi manusia antarabangsa.



Menteri sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir yang melawat penjara itu pada Jumaat lalu, mendakwa peserta flotilla wajar dianggap “pengganas” dan dicadangkan untuk dipenjarakan selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, aktivis yang ditahan menentangnya secara terbuka dengan melaungkan slogan “Bebaskan Palestin” ketika beliau hadir.

Dalam kenyataan berasingan, Hamas mengecam tindakan Ben-Gvir, menyifatkan kunjungannya sebagai cubaan menggambarkan kemenangan palsu terhadap aktivis keamanan, ketika rejim Israel semakin dipulaukan masyarakat antarabangsa.

#KelantanDaily
Sumber: STV News, ABNA 24, Sinar Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!