Bapa tiri dan anak tiri didakwa samun warga emas di Nilam Puri

Bapa Tiri & Anak Tiri Didakwa Samun Warga Emas di Nilam Puri

Seorang bapa tiri dan anak tiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didakwa melakukan samun hingga menyebabkan seorang wanita warga emas cedera di hadapan sebuah premis di Nilam Puri awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Zufahri Ibrahim, 18, dan bapa tirinya, Mohd. Shahrul Azuri Abdullah, 37, masing-masing yang bekerja sebagai buruh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa bertindak bersama menyamun Habsah Mat Soud, 69, pada kira-kira 8.15 pagi, 1 November, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. Kejadian berlaku di depan sebuah premis di kawasan Nilam Puri.

Kes itu dikendalikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 10 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber: Kosmo

TERKINI

Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
|
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Ahli…
‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!