Wan Mahussin Tolak Muafakat Nasional, Anggap Hanya Ungtungkan Sebelah Pihak

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain, menyatakan pendirian tegas tidak bersetuju dengan sebarang usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional, yang disifatkan hanya menguntungkan PAS dan merugikan UMNO.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Persidangan Agong UMNO 2025 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC Kuala Lumpur) dari 13 hingga 17 Januari 2026.

Menurut Wan Mahussin, walaupun secara peribadi tidak bersetuju dengan langkah tersebut, beliau melihat suara majoriti menyokong untuk kembali kepada Muafakat Nasional kerana PAS dan Bersatu dilihat tidak lagi sehaluan seperti sebelum ini.

Beliau turut mendakwa hasrat PAS untuk kembali bersama UMNO berpunca daripada masa depan mereka dalam Perikatan Nasional yang semakin suram.

Wan Mahussin berpandangan, pengalaman lalu membuktikan bahawa apabila UMNO bergabung dengan PAS menerusi Muafakat Nasional, parti yang mendapat keuntungan adalah PAS, manakala UMNO pula berdepan perpecahan dalaman.

“Bila bersama dengan UMNO akhirnya yang untung adalah PAS, yang berpecah adalah UMNO. Sebab itulah saya sebagai akar umbi UMNO, saya tidak bersetuju jika Muafakat Nasional. Itu adalah helah sepertimana 1.0 dahulu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan sekiranya PAS benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara, mereka seharusnya menyertai UMNO, bukannya membentuk gabungan baharu.

BERKAITAN: Presiden UMNO Iktiraf Wan Mahusin Sebagai Tokoh Media Sosial Hebat



Beliau turut menegaskan bahawa UMNO merupakan satu-satunya parti yang terbukti berjaya menghimpunkan bangsa Melayu, memerdekakan negara dan memerintah Malaysia sejak sekian lama.



Wan Mahussin menambah, kekuatan orang Melayu dan Islam hanya boleh dicapai sekiranya kekal dengan satu parti yang dominan dan tidak terpecah kepada pelbagai entiti politik.

SHARE:

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!