11 stesen minyak di Kelantan disiasat seleweng petrol bersubsidi

KOTA BHARU – Sebanyak 11 stesen minyak di Kelantan disiasat selepas disyaki melanggar syarat lesen pengendalian dan arahan pengawal bekalan kerana melakukan penjualan petrol berulang terhadap kenderaan sama.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, berkata semua kes itu direkodkan sejak awal Januari dengan kebanyakan stesen terlibat terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, terutama di daerah Tumpat.

“Siasatan awal mendapati pemilik stesen gagal mematuhi arahan berkaitan kawalan penjualan petrol bersubsidi.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki melakukan penjualan secara berulang kepada pihak tertentu dalam cubaan menyeleweng bahan api bersubsidi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azman berkata, seorang pemilik stesen bakal dituduh dalam masa terdekat manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Beliau turut memaklumkan bahawa dalam kes terbaharu, pihaknya menyiasat sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu, Tumpat, selepas dikesan membenarkan penjualan berulang kepada individu sama melibatkan lelaki tempatan berusia 29 tahun.

“Suspek ditahan selepas mengisi petrol bersubsidi ke tangki Proton Iswara yang diubah suai kira-kira 11.50 pagi semalam dan pemeriksaan lanjut menemukan 90 liter bahan api dalam tangki tambahan kenderaan serta tiga tong plastik mengandungi tambahan 30 liter lagi,” katanya.

Beliau berkata, beberapa dokumen penting termasuk buku stok dan rekod jual beli turut dirampas daripada pemilik stesen bagi membantu siasatan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Azman menjelaskan, walaupun nilai rampasan bahan api itu dianggarkan hanya RM312, namun kegiatan pembelian berulang dan penyimpanan untuk tujuan penyeludupan menyebabkan ketirisan hasil negara.

“Dalam kes ini, suspek dipercayai cuba menyeludup petrol bersubsidi itu ke kawasan sempadan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan,” katanya.

690 liter minyak diesel dalam Wira gagal diseludup ke Thailand
By KD | |
TUMPAT – Pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya…
PGA gempur gudang vape di Tumpat, rampasan cecah RM6.7 juta
By KD | |
TUMPAT – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas…
Taktik ‘angkat tangan’ lepas imigresen gagal, 8 individu ditahan
By KD | |
KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan masih wujud taktik lama digunakan…



Beliau menegaskan bahawa KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersekongkol menyeleweng barang bersubsidi, dan tindakan tegas akan diambil bagi melindungi kepentingan pengguna serta menjamin kestabilan bekalan.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!