Empat lelaki ditahan dipercayai cuba seludup 4,140 liter petrol bersubsidi

PASIR MAS – Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 50-an ditahan dalam operasi bersepadu awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan serta penyeludupan petrol bersubsidi di kawasan sempadan negeri.

Serbuan kira-kira jam 2.25 pagi di Jalan Pohon Buluh, Pasir Mas itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPMW3) Pengkalan Kubor.

Pemeriksaan terhadap empat buah kereta Proton Wira Aeroback yang digunakan suspek membawa kepada penemuan 4,140 liter petrol bersubsidi disimpan dalam 138 tong jerikin, dengan jumlah keseluruhan sitaan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM28,487.

Susulan tangkapan itu, Pegawai Penguat Kuasa KPDN Pasir Mas membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini terhadap keempat-empat suspek. Permohonan reman dibenarkan oleh Y.A. Tuan Syed Farid bin Syed Ali selama empat hari bagi melengkapkan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala perbadanan boleh didenda sehingga RM2 juta.

KPDN Kelantan dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan secara berkala bersama agensi penguat kuasa lain bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang bersubsidi, selain memberi amaran keras bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit.

#KelantanDaily
Sumber: Unit Media KPDN Kelantan

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!