Empat tekong darat didakwa seludup lapan PATI Myanmar

Empat lelaki yang dipercayai bertindak sebagai tekong darat didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan menyeludup lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dalam dua kejadian berasingan bulan lalu.

Tertuduh, Raja Yusuf Saifullah Raja Shariffudin, 34; Miqdad Elya Zulkifli, 41; Nor Hizam Mohd. Nor, 45; dan Mohamad Faizul Mat Yusoh, 43 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Menurut pertuduhan, Raja Yusuf Saifullah dan Miqdad Elya didakwa menyeludup dua lelaki warga Myanmar di sebuah pasar raya di Kuala Krai, Jalan Utama Kota Bharu–Gua Musang, kira-kira 4.45 petang pada 14 November.

Manakala Nor Hizam dan Mohamad Faizul pula dituduh menyeludup enam lagi warga Myanmar di sebuah rumah teres di Taman Redha, Pulai Chondong, dekat Machang kira-kira 12.30 tengah malam pada 15 November.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh pertama diwakili peguam Muhammad Aridz Mirzha Ahmad Masrizal.
Tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam bagaimanapun merayu agar jaminan dipertimbangkan untuk Raja Yusuf Saifullah kerana beliau menanggung isteri dan seorang anak.

Namun mahkamah memutuskan tiada jaminan dibenarkan, kerana permohonan sebegitu perlu dibuat di Mahkamah Tinggi.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 21 Januari depan.



Sumber: Utusan

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!