PGA rampas kayu bernilai RM2.9 juta di Pasir Mas

PASIR MAS – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu bernilai RM2.9 juta dalam satu operasi khas di sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Apam di sini pada rabu.

Rampasan itu dilakukan sekitar jam 1.30 petang ketika anggota PGA menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan, sebelum mendapati kilang terbabit gagal mengemaskini dokumen berkaitan pemindahan kayu yang masuk ke premis berkenaan.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 1,590 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesis serta 1,900 batang kayu siap diproses selain beberapa peralatan memproses kayu dan dua jentera berat. Semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 69(1) Akta Perhutanan Negara 1984. PGA dalam kenyataannya menegaskan operasi seumpama itu akan terus dipergiat bagi membanteras aktiviti pembalakan haram sekali gus memastikan undang-undang hutan di negeri ini dipatuhi sepenuhnya.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!