Lelaki berkostum kartun ditahan kes amang seksual kanak-kanak di Pantai Irama Bachok

Bachok – Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di kawasan taman permainan Pantai Irama, Bachok, pada khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang apabila suspek yang ketika itu berpakaian kostum kartun didakwa memeluk, mencium dan menyentuh mangsa.

“Perbuatan itu turut dirakam oleh seorang orang awam di lokasi kejadian. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak di kawasan awam dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya melihat sebarang perlakuan mencurigakan.

Suspek kini direman sehingga 18 Sept bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Sinar Harian

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!